Wahai ikhwan

Wahai ikhwan,

Sekiranya kita ingin melakukan kebaikan,ada saja yang menghalangnya, ini bermakna kita kena muhasabah diri kita kerana Allah menyuruh kita melakukan kebaikan maka Dia tidak menghalangnya cuma kita yang terhalang dengan maksiat yang kita lakukan, maka hendaklah kita sibukkan diri membersihkan hati kerana apabila hati bersih maka tubuh ringan ibadat hati bencikan maksiat.

Wahai ikhwan,

Ramai yang mengadu mengenai rezeki yang sempit hari ini, ahli perniagaan mengadu perniagaannya merosot, kakitangan kerajaan mengadu pendapatan tidak mencukupi begitu juga pekerja swasta.pendek kata semuanya mengadu tentang rezeki rezeki sehingga nak mendengar ucapan bersyukur dgn rezeki yang ada sudah kurang kedengaran.

Wahai ikhwan,

Allah tidak menyempitkan rezeki hambaNya tapi kitalah yg menyempitkan rezeki kita,caranya kita berpaling dari peringatan Nya.Marilah kita utamakan ibadat daripada rezeki contohnya apabila azan berkumandang segeralah kita menyambut seruan azan tinggalkan mencari rezeki sekejap dan apabila selesai kembali semula mencari rezeki Allah itulah yang terbaik sekiranya kita memahaminya.

Wahai temanku,

Kita utamakan Allah, Dia Tuhan yang Maha Pengasih tidak tinggalkan kita,kita berdosa datanglah kepadaNya dengan taubat Dia akan datang kepada kita dengan pengampunan dan rahmat dariNya.Kita ahli maksiat namun nikmat terus diberikan,jadilah ahli syukur apabila mendapat nikmat supaya nikmat tu dikekalkan.Semoga Allah mengampunkan kita semua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s