Haramkan buku Ibnu Taimiyah – Mufti 

27 Ogos 2016 11:49 PM by Sharaimei Shaik Ahmedullah 

PUTRAJAYA 27 Ogos –Kerajaan digesa segera mengharamkan buku karangan Ibnu Taimiyah kerana dibimbangi fatwa yang terkan­dung dalam buku tersebut disalah gunakan oleh kumpulan pelampau untuk memerangi umat Islam di negara ini.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Ja­kim) dan Majlis Agama Islam Ne­geri-Negeri perlu melakukan kajian terhadap buku Ibnu Taimiyah ke­rana terdapat beberapa perkara yang jelas bercanggah de­ngan fahaman majoriti umat Islam di Malaysia.
“Majoriti umat Islam di negara ini telah mengikut aliran Asha’irah dan Maturidiah sejak dari dulu lagi malah, de­ngan mengikuti aliran majoriti ini keadaan umat Islam di Malaysia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan bersatu-padu.
“Namun, sejak fatwa Ibnu Taimiyah mula disebarkan oleh sesetengah pihak umat Islam di negara ini mula berpecah-belah lebih teruk, terdapat ustaz-ustaz yang melabel sesuatu perkara itu sebagai bidaah dan sebagainya, kita bimbang akan tiba satu pe­ringkat sehingga darah umat Islam menjadi halal hanya kerana tidak bersetuju dengan pan­dangan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar gabungan pertu­buhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Solidariti Rakyat Malaysia Menolak Fahaman Ekstremis dan Daesh di sini hari ini.
Yang hadir sama, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Pengetua Tahfiz al-Quran Luqman al-Hakim, Mahfuz Muhammad.
Baru-baru ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan bahawa kumpulan militan Daesh telah menggunakan petikan atau fatwa daripada Ibnu Taimiyah dalam hujah mereka untuk menjustifikasi tindakan ganas yang dilakukan.
Menurut Ayob Khan, ada antara fatwa itu digunakan Daesh dengan melabelkan aliran Asha’irah yang dipegang majo­riti umat Islam negara ini sebagai sesat, syirik dan kafir, sekali gus menghalalkan tindakan mereka untuk membunuh rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, menurut Abdul Rah­man lagi, pengharaman buku-buku karya Ibnu Taimiyah wajar di­­lakukan kerana beberapa ne­gara di Asia Ba­rat se­perti Mesir, Jordan dan Algeria telah bertindak mengharamkannya kerana bimbang de­ngan pengaruh pihak pe­lampau.
Pada masa sa­ma, beliau turut menggesa Kementerian Pendidikan memantau pendidikan tauhid yang dibawa oleh pengikut Ibnu Taimiyah kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan pegangan majoriti umat Islam malah, telah mengetepikan pendekatan Sifat 20 yang telah dipegang sejak dahulu lagi.
Sementara itu, ketika menjelaskan mengenai isu kafir harbi yang tercetus baru-baru ini, jelasnya, golongan kafir harbi wajib ditentang oleh umat Islam tetapi bukan dengan kekerasan atau pertumpahan darah.
“Mengenai istilah kafir harbi yang saya sebut sebelum ini, kita perlu menentang mereka tetapi bukan menggunakan senjata se­perti pistol, pendekatan ini sama seperti memerangi kemiskinan atau dadah jadi tidak semestinya menggunakan senjata,” katanya.
Abdul Rahman sebelum ini berkata, DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s