TINDAKAN TERKAWAL DAN LUAR KAWAL

glassball

Gerak balas manusia terhadap sesuatu rangsangan dikategorikan kepada dua jenis, iaitu:

  • Tindakan terkawal (voluntary actions).
  • Tindakan luar kawal (involuntary actions).

Tidakan terkawal ialah tindakan yang dikawal oleh otak. Tindakan ini berlaku dalam keadaan sedar dan boleh dilaksanakan mengikut kehendak atau keinginan individu. Contohnya, bertutur, berlari, ketawa, membaca dan menari.

Tindakan luar kawal ialah tindakan yang tidak dikawal dan dilakukan tanpa disedari. Contohnya, peristalsis (perjalanan tinja di dalam usus), pencernaan, denyutan jantung dan kadar pernafasan normal.

Tindakan luar kawal dikoordinasikan (coordinated) oleh medula oblongata dan sistem saraf autonomi (autonomic nervous system). Sistem saraf autonomi menyambungkan saraf tunjang kepada organ-organ dalam badan.

Tindakan luar kawal tidak boleh dimulakan atau dihentikan mengikut kehendak kita.

Terdapat sesetengah tindakan luar kawal pada peringkat awal kehidupan manusia yang menjadi tindakan terkawal apabila dewasa, contohnya penyahtinjaan.

Pernafasan pada asasnya ialah tindakan luar kawal, tetapi boleh menjadi tindakan terkawal apabila kadar pernafasan berubah menjadi lebih cepat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s