Maqam YAQIN 

مقامات اليقين

وإذ قد تبين هذا فاعلم أن مقامات اليقين تسعة وهي:

التوبة، والزهد، والصبر، والشكر، والخوف، والرضا، والرجاء، والتوكل، والمحبة.

ولا تصح كل واحدة، من هذه المقامات إلا بإسقاط التدبير مع الله، والاختيار، وذلك: أن التائب كما يجب عليه أن يتوب من ذنبه، كذا يجب عليه أن يتوب عن التدبير مع ربه.

لأن التدبير والاختيار من كبائر القلوب والأسرار والتوبة هي الرجوع إلى الله تعالى: (من كل ما لا يرضاه لك) لأنه شرك بالربوبية، وكفر لنعمة العقل، ولا يرضى لعباده الكفر. وكيف تصح توبة عبد مهموم بتدبير دنياه. غافل من حسن رعاياه؟

Setelah kita memahami permasalahan diatas, kini kita akan membahas maqam2 keyakinan, yang semuanya ada Sembilan iaitu : Taubat, Zuhud, Sabar, Syukur, Khauf/takut, Ridha, Raja’/ harap, Tawakal, dan Cinta.  Semua maqam itu akan tercapai dan sempurna jika disertai dengan sikap pasrah sepenuhnya kepada pengaturan dan pilihan Allah swt.
Taubat

Sebagaimana diwajibkan bertaubat dari dosa, seseorang juga diharuskan bertaubat dari keterlibatan dalam pengaturan bersama Tuhan. Sebabnya ikut mengatur dan memilih itu termasuk dosa besar yang dilakukan oleh hati dan jiwa. Adapun cara taubatnya, kembali kepada Allah swt. dari segala perbuatan yang tidak diridhai-Nya. Kerana Tadbir dan memilih sendiri itu merupakan bentuk syirik atas Rububiyyah-Nya, dan kufur terhadap nikmat akal. Allah tidak meridhai hamba-Nya yang berbuat kufur. Bagaimana taubat seseorang dianggap benar, sementara dia merisaukan pengaturan dunianya dan mengabaikan pemeliharaan Tuhan?.

وكذلك لا يصح الزهد: إلا بالخروج عن التدبير، لأن مما أنت مخاطب بالخروج عنه، والزهد فيه: تدبيرك.

إذ الزهد زهدان: زهد ظاهر جلي، وزهد باطن خفي.

فالظاهر الجلي: الزهد في فضول الحلال، من المأكولات والملبوسات وغير ذلك.

والزهد الخفي: الزهد في الرياسة، وحب الظهور، ومنه الزهد في التدبير مع الله.
Zuhud

Sama halnya dengan Taubat, zuhud pun hanya akan benar/sah, bila keluar dari sikap mengatur (Tadbir). Pengaturan mu termasuk dalam sikap yang harus dijauhi dan engkau harus zuhud dari sikap seperti itu (tadbir).  Ketahuilah, Zuhud itu ada dua macam, iaitu Zuhud zahir yang jelas, dan Zuhud batin yang samar.  Zuhud zahir iaitu zuhud terhadap barang halal yang berlebihan, baik berupa makanan, pakaian, dan sebagainya. Sementara zuhud batin iaitu zuhud terhadap kepemimpinan(riyasah), senang dilihat orang/kenalan. Zuhud terhadap sikap mengatur  bersama Allah termasuk zuhud batin.

وكذلك لا يصح صبر ولا شكر، إلا بإسقاط التدبير، وذلك: لأن الصابر من صبر عما لا يحبه الله، ومما لا يحبه الله تعالى التدبير معه والاختيار لأن الصبر على أقسام:

صبر عن المحرمات.

وصبر عن الواجبات.

وصبر عن التدبيرات والاختيارات.

وان شئت قلت: صبر عن الحظوظ البشرية، وصبر على لوازم العبودية، ومن لوازم العبودية، إسقاط التدبير مع الله تعالى.
Sabar

Sabar dan syukur hanya dapat dicapai(sah) dengan meninggalkan sikap ikut mengatur (Tadbir). Sebabnya, orang yang sabar akan berusaha menjauhkan diri dari segala sesuatu yang tidak disukai Allah, termasuk didalamnya iaitu sikap ikut mengatur dan memilih bersama-Nya.       

Sabar terdiri dari beberapa macam: Sabar terhadap yang haram/ dilarang. Sabar terhadap yang wajib. Sabar terhadap pengaturan dan pilihan-Nya. Atau boleh dikatakan, sabar dari semua keinginannya sebagai manusia, dan sabar terhadap berbagai konsekuensi sebagai hamba-yang diantaranya, tidak boleh ikut mengatur bersama Allah (isqotut-tadbir).

وكذلك لا يصح الشكر إلا لعبد ترك التدبير مع الله، لأن الشكر – فيما قال الجنيد رحمه الله تعالى:

“الشكر أن لا تعصي الله بنعمه.”

ولولا العقل الذي ميزك الله به على أشكاله، وجعله سببا لكمالك لم تكن من المدبرين معه، إذ الجمادات والحيوانات لا تدبير لها مع الله، لفقدان العقل الذي من شأنه النظر إلى العواقب والاهتمام بها.
Syukur

Syukur hamba akan dianggap benar/sah jika ia tidak ikut mengatur bersama Allah.  Al-Junaid ra. Berkata: Syukur adalah “Engkau tidak bermaksiat kepada Allah lewat nikmat-nikmat-Nya”. Kalau bukan kerana akal, yang dianugerahkan Allah sebagai pembeza manusia (dengan makhluk lainnya), dan sebagai sebab kesempurnaannya, tentu engkau tidak akan ikut campur mengatur bersama-Nya.  Sebab benda-benda dan hewan tidak ikut mengatur bersama Allah, kerana mereka tidak punya akal untuk melihat dan memperhatikan seluruh kejadian.

ويناقض أيضا مقام الخوف والرجاء: إذ الخوف إذا توجهت سطواته إلى القلوب منعها أن تستروح إلى وجود التدبير، والرجاء أيضا كذلك: إذ الراجي قد امتلأ قلبه فرحا بالله، ووقته مشغول بمعاملة الله تعالى، فأي وقت يسعه التدبير مع الله تعالى؟
Khauf (Takut) dan Raja’ (Harap)

Ikut campur dalam pengaturan bersama Allah juga bertentangan dengan maqam takut dan harap(khauf dan raja’). Sebab apabila rasa takut telah merasuk dalam hati seseorang, ia tidak akan berani ikut mengatur. Begitu juga harapan; hati orang yang berharap akan diliputi suka cita kepada Allah, dan ia akan selalu disibukkan oleh hubungannya dengan Allah (sehingga tidak ada waktu yang cukup untuk ikut mengatur).

ويناقض أيضا مقام التوكل: وذلك أن المتوكل على الله من ألقى قياده إليه، واعتمد في كل أموره عليه، فمن لازم ذلك: عدم التدبير والاستسلام لجريان المقادير.

وتعلق إسقاط التدبير بمقام التوكل والرضا، أبين من تعلقه بسائر المقامات.
Tawakal

Sikap ikut campur juga bertentangan dengan tawakal. Sebab, tawakal beerti menyerahkan kendali kepada Allah dan bersandar dalam segala urusan kepada-Nya. Akibatnya, ia tidak akan ikut campur dan bersikap pasrah menerima segala ketentuan-Nya. Perkaitan antara keengganan untuk ikut campur dengan tawakal dan ridha lebih jelas daripada dengan berbagai tingkatan lainnya.

ويناقض أيضا مقام المحبة: إذ المحب مستغرق في حب محبوبه، وترك الإرادة معه هي عين مطلوبه، وليس يتسع وقت المحب للتدبير مع الله أنه قد (شغله عن ذلك حبه لله) ولذلك قال بعضهم: (من ذاق شيئا من خالص محبة الله، ألهاه ذلك عما سواه).
Cinta

Maqam Cinta itupun bertentangan dengan sikap ikut mengatur (Tadbir). Sebab, seorang pecinta akan tenggelam dalam cintanya dan menyerahkan segala pilihan kepada kekasihnya. Pilihan sang kekasih adalah pilihannya. Seorang pecinta tidak mempunyai waktu untuk ikut mengatur bersama-Nya. Sebabnya, dia telah disibukkan oleh rasa cintanya kepada Allah. Kerana itu, seorang berkata “ Siapa yang tulus mencintai Allah, ia akan melalaikan segala sesuatu selain Dia”.

ويناقض

أيضا مقام الرضا: وهو بين لا إشكال فيه، وذلك: أن الراضي قد اكتفى بسابق تدبير الله فيه، فكيف يكون مدبرا معه وهو قد رضي بتدبيره؟ ألم تعلم أن نور الرضا يغسل من القلوب غثاء التدبير.

فالراضي عن الله، بسطه نور الرضا لأحكامه، فليس له تدبير مع الله وكفى بالعبد حسن اختيار سيده له. فافهم.
Ridha

Maqam ridha pun menolak sikap ikut campur. Sebabnya, orang yang ridha telah merasa cukup dengan pengaturan Alla!h untuknya. Bagaimana mungkin dia akan ikut mengatur bersama-Nya, sementara dia telah meridhai pengaturan-Nya?. Tidakkah engkau tahu bahawa cahaya ridha dapat menghapuskan hasrat hati untuk ikut serta mengatur. Cahaya ridha akan membuat orang yang meridhai Allah menerima segala ketentuan-Nya. Ia tidak akan ikut mengatur bersama-Nya, ia merasakan cukup dengan pengaturan-Nya yang baik. FAHAMILAH…!
Wallahualam.alfatihah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s